PERTANYAAN :
Assalamualaikum. Bolehkah kita nunut ngecas HP Di masjid ? [Lintas Bang Jaes].
JAWABAN :
Wa'alaikumussalam. HARAM hukumnya mengecas Hp di masjid dengan izin ataupun tanpa izin, karena listrik masjid diqiyaskan dengan Az-zait (minyak) yang digunakan untuk penerangan masjid yang merupakan bagian (أجزاء ) dari masjid dan tidak boleh diambil sedikitpun.
Solusinya ia harus mengembalikan qimah ( biaya senilai listrik yang telah di ambil ) kepada pihak masjid. Bila masjidnya jauh dan sulit dijangkau, maka ia bertaubat, banyak istighfar dan sedekah.
Sebagai perbandingan, berikut Fatwa Mufti Malaysia :
AL-KAFI #760: MENGECAS GAJET PERSENDIRIAN DI DALAM MASJIDSoalan :Bolehkah makmum menggunakan tenaga elektrik di masjid untuk mengecas gajet persendirian?Jawapan :Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.Kaedah fiqah menyebut:كل متصرف عن الغير فعليه أن يتصرف بالمصلحة“Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, maka hendaklah ia bertindak berasaskan maslahah.” (1/310)Dalam hal ini juga, bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jum’ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid. Ini berdasarkan sikap Rasulullah SAW yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid, antaranya sebagaimana sabda Baginda SAW:إِنَّ الْحَصَاةَ لَتُنَاشِدُ الَّذِي يُخْرِجُهَا مِنَ الْمَسْجِدِ“Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru (agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.”Hadis riwayat Abu Daud, no. 460. (http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=11124&LangID=1&MuftiType=0)Dalam isu ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus (boleh) jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya. Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan (tidak dibolehkan) kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid. Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama.
Wallahu a’lam. [Abd Jabbar, Excefia Abdullah]
Referensi :
الأشباه والنظائر - شافعي - (ج 1 / ص 661)
و منها – أي أحكام المساجد- : يحرم أخذ شيء من أجزائه و حجره و حصاه و ترابه و زيته و شمعه ذكره في شرح المهذب
أعانة الطالبين: ج 3 ص 216 :
ويحرم أخذ شىء من زيته وشمعه اى للمسجد اى المختص به بأن يكون موقوفا عليه أومملوكا له بهبة أو شراء من ريع موقوف علي مصالحه واذا أخذ منه ذلك وجب رده (كصحاه وترابه) اى كما يحرم أخذ حصى المسجد وترابه.
المجموع شرح المهذب ج 3 ص 206 :
لايجوز أخذ شيء من أجزاء المسجد كحجر وحصا ة وتراب وغيره وقد سبق في هذه المسائل تحريم التيمم بتراب المسجد ومثله الزيت والشمع الذى يسرج فيه وفي سنن ابي داود باسناد صحيح عن ابي هريسرة بعد الرواة أراه رفعه الى النبي صلى الله عليه وسلم قال: ان الحصاة لتناشد الذى يخرجها من المسجد
نهاية الزين :ص 241 :
وعلى الغاصب رد وضمان تلف بأقصى قيمته من حين غصب الى تلف.
الاشباه والنظائر ج 2 ص 407 :
قال في التدريب : كل من غصب شيئا وجب رده الا بست صور :مسئلة الخيط واللوح والخلط حيث لايتميز والخمر والعصير اذا تخمر في يده
حاشية الجمل : ج 5 ص 388 :
ثم رأيت في منهاج العابدين للغزالى ان الذنوب التى بين العباد اما في المال ويجب رده عند المكنة فان عجز لفقر استحله فان عجز عن استحلاله لغيبته او موته وامكن التصدق عنه فعله والا فليكثر من الحسنات ويرجع الى الله تعالى ويتضرع اليه في ان يرضيه عنه يوم القيامة
LINK ASAL :