Oleh Sayeed
Achmad
Syi’ah: Abu Bakar Dan Umar
Dilaknat Oleh Allah, Malaikat Dan Sekalian Manusia
Hannan daripada ayahnya
daripada Abi Ja’far a.s. (Muhammad al-Baqir), katanya (perawi iaitu ayah
Hannad): saya berkata kepadanya: “Apakah anak-anak Ya’kub itu adalah nabi-nabi?
Beliau (Abu Ja’far) menjawab: “Tidak! Tetapi mereka adalah keturunan anak
nabi-nabi. Mereka tidak meninggalkan dunia kecuali dalam keadaan bahagia,
bertaubat dan mengingati apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya syaikhain (dua
orang syaikh. Maksud syaikhain di dalam kitab-kitab Syi’ah ialah Abu Bakar dan
Umar) telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak
mengingati apa yang mereka berdua lakukan terhadap Amir al-Mukminin (Ali) a.s..
Maka la’nat Allah, malaikat dan sekalian manusia ditimpakan keatas mereka
berdua”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8
hal. 246).
Kesimpulan :
1.Syi’ah mengatakan Sayyidina
Abu Bakar dan Umar r.a. telah melakukan kezaliman terhadap Sayyidina Ali bin Abi
Talib r.a. dan meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat di atas dosa
tersebut.
2.Syi’ah mengatakan Sayyidina
Abu Bakar dan Umar r.a. dila’nat oleh Allah, malaikat-malaikat dan sekalian
manusia.