Oleh Sayeed
Achmad
Daripada Zaid bin Wahb
al-Juhani katanya: Apabila al-Hasan bin ‘Ali a.s. ditikam di al-Madain aku
datang menemuinya dalam keadaan dia mengadu kesakitannya. Maka aku pun berkata
kepadanya: “Apa pandanganmu wahai anak Rasulullah kerana sesungguhnya orang
ramai dalam keadaan kebingungan (dengan apa yang berlaku)? Dia pun menjawab:
“Demi Allah! Aku fikir Mu’awiyah lebih baik untukku daripada mereka-mereka ini.
Mereka mendakwa bahawa mereka adalah Syi’ahku tetapi mencari peluang untuk
membunuhku, merampas barangan berhargaku dan mengambil hartaku. Demi Allah!
Jikalau aku mengadakan perjanjian dengan Mu’awiyah, dia akan melindungi darahku
dan aku merasa aman dengan (perlindungannya) terhadap keluargaku. Itu adalah
lebih baik daripada mereka (Syi’ah) membunuhku lalu akan terabailah kaum
keluargaku dan isteriku. Demi Allah! jikalau aku memerangi Mu’awiyah mereka akan
menangkap aku sehingga mereka akan menyerahkanku kepadanya (Mu’awiyah) sebagai
tawanan. Demi Allah! jika aku mengadakan perdamaian dengannya dan aku dalam
keadaan mulia adalah lebih baik daripada dia membunuhku sebagai tawanan atau dia
akan membantuku lalu ia menjadi ikutan kepada Bani Hasyim di akhir zaman.
(Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal.
290)
Kesimpulan :
1. Ahlul Bait iaitu
Sayyidina Hasan r.a. yang didakwa oleh Syi’ah sebagai imam kedua mereka tidak
percaya terhadap golongan yang mendakwa sebagai pengikutnya iaitu golongan
Syi’ah.
2. Sayyidina Hasan r.a.
menyedari bahawa Syi’ah telah cuba untuk membunuhnya dan merampas segala
hartanya.
3. Sayyidina Hasan r.a.
juga menyedari bahawa Syi’ah hanyalah golongan pembelot yang hanya mendakwa
sebagai pengikut setia sahaja.