PERTANYAAN
:
Assalamu 'alaikum. Dalam
sholat taraweh ada yang 8 rokaat dan ada yang 20 rokaat, apakah kita boleh
melakukan secara bergantian ? [Alech
Najwa].
JAWABAN
:
Pendapat para ulama’
mengenai sholat tarawih jumlah rakaatnya 20 roka'at bukan 8 roka’at :
Berdasarkan dalil dan
kaedah di atas, para ulama’ dalam mazhab Syafi’e (Syafi’iyyah) mengistinbatkan
bilangan rakaatnya seperti berikut:
1) Disebutkan di dalam
Mukhtashar Al-Muzani :
أَنَّ
اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ
بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ
وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.
“Sesungguhnya Imam Syafi’e
berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Solat Tarawih) denga 39
rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat kerana telah diriwayatkan dari Umar. Dan
begitu juga di Makkah, mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan
3 rakaat.”
2) Imam Nawawi berkata di
dalam Syarh al-Muhazzab:
صَلاَةُ
التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَى ذَلِكَ
اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ
غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ
رَكْعَةً … عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا
وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله
عنه وأرضاه – إِلىَ زَمَانِنَا هَذَا … لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ
اْلاَئِمَّةِ اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ
الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ فِيهَا،
إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ عَنْهُ –
مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ:
أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً
يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ
“Sholat Tarawih termasuk di
dalam sholat Nawafil yang muakkad seperti mana yang ditunjukkan perkara itu oleh
hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua
puluh rakaat selain dari sholat Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23
rakaat…atas jalan inilah berlalunya sunnah dan sepakat ummah, dari kalangan
Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga
Allah meredhainya dan dia meredhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini…Tidak ada
seorang pun ahli feqah dari kalangan empat imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah,
Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini, melainkan apa yang
diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang
lebih bilangannya pada sholat Tarawih kepada 36 rakaat…Dalam riwayat kedua
daripada Imam Malik, iaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk
Madinah iaitu: Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata:
Aku mendapati orang ramai mendiri Ramadhan (sholat Tarawih) dengan 39 rakaat dan
mereka mendirikan Witir daripadanya sebanyak 3 rakaat…”
Syaikh Muhammad Ali
ash-Shabuni menambah:
…أَمَّا
الرِّوَايَةُ الْمَشْهُورَةُ عَنْهُ، هِيَ الَّتِي وَافَقَ فِيهَا الْجُمْهُورُ
مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ عَلَى أَنَّهَا عِشْرُونَ
رَكْعَةً وَعَلَى ذَلِكَ اتَّفَقَتِ الْمَذَاهِبُ اْلأَرْبعَةُ وَتَمَّ
اْلإجْمَاعُ.
“Adapun riwayat yang
masyhur daripada Imam Malik, iaitulah yang diittifaqkan Jumhur ulama’ dari
kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah atas sholat Tarawih itu 20
rakaat. (Oleh itu) atas sebab perkara itulah (iaitu riwayat yang kedua ini),
maka jadilah (sholat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah ittifaq empat mazhab dan
lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”
3) Imam Nawawi juga
menyebutkan di dalam Al-Majmu’:
مَذْهَبُنَا
أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ غَيْرِ الْوِتْرِ وَذَلِكَ
خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ وَالتَّرْوِيحَةُ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَتَيْنِ…
وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ وَأَحْمَدُ وَدَاوُدُ وَغَيرُهُمْ
وَنَقَلَهُ الْقَاضِيُّ عِيَاضٍ عَن جُمْهُورِ الْعُلَمَاءِ. وَقَالَ مَالِكٌ:
اَلتَّرَاوِيحُ تِسْعُ تَرْوِيحَاتٍ وَهِيَ سِتَّةٌ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرُ
الْوِتْرِ
“Mazhab kami ialah
sesungguhnya ia 20 rakaat dengan 10 salam selain Witir. Jadi ada 5 rehat, dan
setiap sekali rehat ada 4 rakaat dengan 2 salam…Dan mengikut juga pendapat
inilah (iaitu 20 rakaat) oleh Abu Hanifah dan rakan-rakannya, Ahmad, Daud
(azh-Zahiri) dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari
jumhur Ulama’. Imam Malik berkata: Sholat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat
selain dari Witir.”
4) Imam Syarbini al-Khatib
menyebutkan:
اَلتَّرَاوِيحُ
عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ لِمَا
رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى
عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً.
“Dan Tarawih itu 20 rakaat
dengan 10 salam setiap bulan Ramadhan. Demikiannlah hadith Al-Baihaqi dengan
sanad yang shahih bahawasanya sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
mendirikan sembahyang pada masa Umar bin Al-Khattab dalam bulan Ramadhan
sebanyak 20 rakaat. Dan Imam Malik meriwayatkan di dalam Al-Muwaththo’ sebanyak
23 rakaat, tetapi Imam Al-Baihaqi mengatakan bahawa yang tiga rakaat yang akhir
ialah Sembahyang Witir.”
5) Imam Jalal ad-Din
al-Mahalli berkata:
وَرَوَى
الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِاْلإِسْنَادِ الصَّحِيحِ كَمَا قَالَ فِي شَرْحِ
الْمُهَذَّبِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ
فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan Imam Al-Baihaqi dan
selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan di dalam
Syarah al-Muhazzab bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman
Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”
6) Al-Allamah al-Imam
Ar-Ramli berkata:
وَهِيَ
عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ، لِمَا
رُوِيَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي
شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan ia (Sholat Tarawih)
adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap malam dari malam-malam bulan
Ramadhan kerana diriwayatkan bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih
pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”
7) Imam Zainuddin bin Abd
al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in menyimpulkan bahawa sholat Tarawih
hukumnya sunat yang jumlahnya 20 rakaat:
وَصَلاَةُ
التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ
تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِخَبَرٍ (( مَن قَامَ رَمَضَانَ
إِيمَانًا وَاِحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِهِ )) وَيَجِبُ
التَّسْلِيمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْن فَلَوْ صَلَّى أَرْبَعًا مِنْهَا بِتَسْلِيمَةٍ
لَمْ تَصِحُّ.
“Sholat Tarawih hukumnya
sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam di bulan Ramadhan. Kerana ada
hadith: Barang siapa melaksanakan (sholat Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman
dan mengharap pahala, maka dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat
harus salam. Jika sholat Tarawih 4 rakaat dengan satu kali salam maka hukumnya
tidak sah……”
Di dalam kitab Rahmah
al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah karangan Al-Allamah Abi Abdillah Muhammad bin
Abdur Rahman ad-Dimasyqi al-Uthmani asy-Syafi’e pada Hamisy al-Mizan al-Kubra
menyatakan:
فَصْلٌ:
وَمِنَ السُّنَنِ صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ عِندَ أَبِي
حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدَ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ
تَسْلِيمَاتٍ وَفِعْلُهَا فِي الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ
“(Fasal): Dan termasuk dari
sholat-sholat sunat ialah Sholat Tarawih pada bulan Ramadhan di sisi Abu
Hanifah, Syafi’e dan Ahmad iaitu ia adalah sebanyak 20 rakaat dengan 10 salam.
Dan mendirikannya secara berjama’ah adalah afdhal.”
9) Syaikh Abd al-Qadir
ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Sholah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:
وَعَدَدُ
رَكْعِتِهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَهَذَا الَّذِي بَيَّنَهُ عُمَرُ بْنِ
الْخَطَّابِ رضي الله بِفِعْلِهِ عِندَمَا جَمَعَ النَّاسَ أَخِيرًا فِي
الْمَسْجِدِ، وَصَلاَتِهِمْ خَلْفَ إِمَامٍ وَاحِدٍ، وَوَافَقَهُ الصَّحَابَةُ
عَلَى ذَلِكَ وَلَمْ يَكُن لَهُمْ مُخَالِفٌ مِمَّن بَعْدَهُمْ مِنَ الْخُلَفَاءِ
الرَّاشِدِينَ…
“Dan bilangan rakaatnya
(Sholat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang diterangkan oleh Sayyiduna Umar bin
Al-Khattab dengan perbuatannya ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam
masjid. Dan (menyuruh) mereka bersembahyang di belakang seorang imam. Para
sahabat bersetuju atas perbuatannya itu dan tidak ada seorangpun Khalifah yang
datang selepas mereka (selepas sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan
generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”
10) Mufti Besar Negara
Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah [30] menyebutkan di dalam kitabnya Al-Bayan
Lima Yasyanghal al-Azhan:
وَالْحَقُ
أَنَّ اْلأُمَّةَ أَجْمَعَتْ عَلَى أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرِينَ رَكْعَةً
مِنْ غَيْرِ الْوِتْرِ، وَثَلاَثَ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً بِالْوِتْرِ، وَهُوَ
مُعْتَمَدُ الْمَذَاهِبِ الْفِقْهِيَّةِ اْلأَرْبَعَةِ: اَلْحَنَفِيَّةِ
وَالْمَالِكِيَّةِ فِي الْمَشْهُورِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ.
“Dan yang benarnya (dalam
perkara rakaat Tarawih) ialah, sesungguhnya umat Islam telah ijma’ ke atas
Sholat Tarawih itu 20 rakaat tidak termasuk Witir, dan 23 rakaat termasuk Witir
yang mana itulah yang mu’tamad (dipegang) oleh mazhab-mazhab feqah yang empat:
Mazhab Hanafi, pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki, mazhab Syafi’e dan
mazhab Hanbali.”
11) Di dalam kitab Al-Fiqh
‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:
وَقَدْ
ثَبَّتَ أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ
“Dan sesungguhnya telah
tetaplah (thabit) bahawa Sholat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam
mazhab) selain Witir
12) Disebutkan di dalam
kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih
karangan Syaikh Muhammad
Ali ash-Shabuni:
قَالَ
اْلإِمَامُ التِّرْمِذِي فِي جَامِعِهِ اَلْمُسَمَّى سُنَنِ التِّرْمِذِي: أَكْثَرَ
أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُويَ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ
أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: عِشْرِينَ رَكْعَةً وَهُوَ قَوْلُ
سُفْيَانَ الثَّوْرِي وَإِبْنِ الْمُبَارَكَ وَالشَّافِعِيّ وَقَالَ الشَّافِعِي :
وَهَكَذَا أَدْرَكْتُ النَّاسَ بِمَكَّةَ يُصَلُّونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً . أهـ.
“Al-Imam At-Tirmizi berkata
di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di
atas pendapat seperti yang diriwayatkan dari Sayyiduna Umar, Sayyiduna Ali dan
selain keduanya dari para sahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم iaitu (mendirikan
sholat Tarawih sebanyak) 20 rakaat. Ia adalah pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn
Al-Mubarak, Syafi’e. Imam Syafi’e berkata: Dan beginilah aku mendapati orang
ramai di Makkah mereka mendirikan (sholat Tarawih dengan ) 20 rakaat.” Intaha.
Ibn Rusyd menyebutkan di
dalam Bidayah al-Mujtahid:
اِخْتَارَ
مَالِكٌ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ – وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدُ
اَلْقِيَامُ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ.
“Imam Malik telah memilih
–dalam salah satu di antara dua pendapatnya-, juga Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad
dengan 20 rakaat selain Witir.”
Seterusnya Syaikh Muhammad
Ali ash-Shabuni menyebutkan : “Bahwa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi) juga menjadi panduan dan ikutan kita dalam perkara Sholat Tarawih 20
rakaat ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Sholat Tarawih dengan
20 rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”
Meskipun demikian bila
shalat taraweh dilakukan kurang dari 20 rakaat juga telah mendapatkan kesunahan
seperti keterangan dalam kitab at-tausyah Hal. 52
وَهِيَ
عِشْرُونَ رَكْعَة بعشر تسليمات وجوباً ولو صلي بدون عشرين حصل له ما فعله
“Shalat taraweh adalah 20
roka’at dengan sepuluh salaman secara wajib, bila seseorang shalat kurang dari
20 rokaat maka ia juga telah mendapatkan yang ia kerjakan”. Wallaahu A'lamu Bis
showaab. [Masaji
Antoro].